Saturday, July 25, 2009

Pidato peserta2 nadwah

Selesai sahaja program forum peserta,aktiviti dilanjutkan dengan pidato antara peserta nadwah.
Pengisian yang diperolehi oleh para peserta adalah menjadikan Rasulullah SAW qudwah hasanah utama,turut dirasai oleh para peserta adalah sunnah Rasulullah cahaya jalan dakwah.
'Kesuburan hati boleh diadah melalui pembacaan Al-Quran',inilah yang diperkatakan oleh salah seorang peserta kem nadwa ini.
Kesimpulannya,tunggak bagi seseorang muslim itu berjaya sebagai seorang pemimpin adalah selagi dia memimpin berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah.

Forum peserta2 nadwah







kesinambungan dari aktiviti berkumpulan(LDK1),para peserta telah menjalankan aktviti forum individu setelah selesai sesi prbincangan bersama fasilitator masing2.
Antara tajuk yang diperbahaskan oleh wakil setiap kumpulan adalah:

*guruku idolaku,

*keredhaan Allah terletak pada redha ibu bapa

*berani kerana benar,takut kerana salah

*berakit-rakit kehulu,berenang-renang ketepian,
bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian.

*tepuk dada tanya selera.

Kesimpulan daripada aktiviti ini yang dapat dilihat dengan jelas,ianya dapat memupuk peribadi yang lebih berani dan inovatif bagi diri peserta NKI peringkat negeri sabah.
Selesai sahaja rakan-rakan mereka dengan program forum,ketua kem komanden mengadakan sesi soal jawab.

LDK1(perbincangan)


Program seterusnya diteruskan dengan aktiviti berkumpulan yang mana para peserta berbincang dengan fasilitator mereka untuk menentukan corak persembahan bagi aktiviti Forum individu dan pidato.
Antara topik yang bakal dibahaskn oleh para peserta nanti adalah 'solat','kualiti ibadah','hikmah solat',dan banyak lagi.setiap kumpulan muslimin dan muslimat memberikan kerjasama yang baik kepada fasilitator mereka.

Ceramah Kepimpinan




Pada jam 8:00 pagi,para paserta telahpun berkumpul di dewan bagi sesi ceramah bersama penceramah jemputan khas.Program ini dimulakan dengan alunan zikir munajat dan nyanyian lagu tema NKI peringkat negeri Sabah oleh peserta-peserta nadwah kepemimpinan.
Program ini diharmonikan dengan bacaan doa oleh salah seorang peserta muslimin nadwah. Setelah itu, adik Nur Suhaila binti Lani, Penghuluwati NKI peringkat negeri,mengacara program ceramah ini dengan penuh berkeyakinan.
Ceramah betajuk 'kepimpinan'yang disampaikan oleh Prof.Madya Dr Bakhir bin Abdullah, Dekan Fakulti Bahasa Arab Universiti Insaniah, Kedah Darul Aman, menyentuh soal ciri-ciri pemimpin yang berkaliber dan sikap yang harus ada bagi menjadi pemimpin yang boleh diteladani oleh orang-orang bawahannya.
Bagi menutup program ceramah yang dijalankan sebentar tadi, adik Umar, Penghulu NKI peringkat negeri Sabah,mengetuai laungan Al-Asmaul Husna dan zikir munajat.
Para peserta bergerak ke ewan makan untuk minum pagi sebelm meneruskan program berikutnya.

Sinar Fajar


Peserta-peserta dikehendaki berkumpul di depan Astaka untuk program riadhah. Ust Amdin Atoh sejak awal-awal telah menunggu ketibaan peserta. Riadhah pagi dimulakan dengan senamrobik untuk memanaskan badan para peserta.
Setelah basah digenangi peluh, para peserta bergegas untuk sarapan dan seterusnya mengurus diri masing-masing. Peserta-peserta dikehendaki berkumpul semula di dewan sebelum jam 8:00 pagi bagi meneruskan program seterusnya.

Qiamullail dan Kuliah Subuh


Seawal jam 4:00, semua pelajar telah berada di Surau As-Solihin SMK Pekan Kota Belud II. Qiamullail bermula dengan Solat Sunat Taubat, Solat Sunat Tahajjud dan diakhiri dengan zikir munajat.
Maklum balas yang diterima daripada peserta menunjukkan qiamullail memberi kesan positif terhadap diri mereka. Adik Harizah bt Utusatu berkata:"Qiamullail dapat memupuk disiplin yang tinggi di dalam diri saya."
Selepas selesai menunaikan solat Subuh secara berjamaah, para peserta berpeluang mendengar Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Ustaz Khasmuri bin Johari. Penceramah pada pagi ini menyentuh mengupas aspek positif dan negatif yang ada dalam diri remaja.
Kuliah berakhir pada jam 6:30 pagi.

Mesyuarat Fasilitator


Tepat jam 12:00 tengah malam, semua fasilitator berkumpul untuk bermuhasabah tentang aktiviti-aktiviti yang telah berjalan dan berbincang aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung pada keesokan harinya.
Ustaz Mohamad azami, selaku Ketua Fasilitator mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri oleh 12 orang fasilitator. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12:15 pagi.