Ustaz Mohd Azami, Ketua Fasiliator Nadwah Kepemimpinan Islam Peringkat Negeri Sabah 2009 memberi taklimat kepada semua fasilitatorsebaik sahaja selesai taklimat dari KPP.
Dalam taklimat tersebut, Ustaz Azami menerangkan kepada fasilitator yang lain tentang tugas-tugas mereka. Beliau turut menerangkan tentang perjalanan aktiviti dan skop penilaian 20 orang peserta Nadwah yang akan dipilih bagi mewakili negeri Sabah ke Nadwah Kepemimpinan Islam peringkat Kebangsaan di Kelantan Darul Naim pada bulan Ogos nanti.
Seterusnya para fasilitator mengutarakan masalah-masalah yang mereka hadapi dan Ustaz Azami menjawab segala persoalan dengan baik
No comments:
Post a Comment