Saturday, July 25, 2009

Taklimat



Taklimat disampaikan oleh Ustaz Melih dan Ustaz Jabar. Ustaz Melih mengingatkan para peserta berkenaan peraturan-peraturan sepanjang nadwah ini berlansung. Ustaz Jabar mengingatkan para peserta supaya menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan dan tata tertib pemakaian dalam setiap aktiviti.
Selepas itu, Ustaz Fairuz, Setiausaha Nadwah menerangkan peraturan-peraturan semasa menginap di asrama yang perlu dipatuhi.
Ustazah Nuridah pula, memberi taklimat tentang tata tertib dalam dewan makan. Beliau juga menerangkan jadual makan dan minum sepanjang Nadwah berjalan.
Setelah itu, Ustazah Rosnani menutup tirai dengan memberi taklimat berkenaan dengan Malam Kebudayaan Islam. Cabutan undi oleh semua fasilitator dibuat sejenak selepas itu.

No comments:

Post a Comment