Tepat jam 6:40 azan dilaungkan oleh adik Mohd Shah Omar Ismail. Semua pelajar solat Maghrib berjemaah bersama-sama Fasilitator. Imam Maghrib ialah adik Mohd Umar Jiman dari Daerah Kota Belud.
Selepas solat Maghrib berjemaah, semua peserta dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing. Kemudian, mereka bertadarus membaca ayat-ayat suci Al-Quran secara berkumpulan.
Bila Isyak menjelang tiba, adik Mohd Hafiz Nazri Azan Isyak dari Daerah Kota Belud mengalunkan azan. Solat Isyak diimami oleh adik Zainuddin.
Solat Isyak berjemaah turut disertai oleh Ustaz Saifulzaman bin Sangul, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Islam, JPNS, Encik Matlan Datu Unjong, Pengetua SMK Pekan Kota Belud II, Ustaz Ramlee Daud, Penyelia Agama Pejabat Pelajaran Daerah Kota Belud dan Ustaz Ishak Awang, Penyelia Agama Daerah Pitas, guru-guru pengiring, fasilitator dan ahli-ahli jawatankuasa Nadwah.
No comments:
Post a Comment