Selesai sahaja program forum peserta,aktiviti dilanjutkan dengan pidato antara peserta nadwah.
Pengisian yang diperolehi oleh para peserta adalah menjadikan Rasulullah SAW qudwah hasanah utama,turut dirasai oleh para peserta adalah sunnah Rasulullah cahaya jalan dakwah.
'Kesuburan hati boleh diadah melalui pembacaan Al-Quran',inilah yang diperkatakan oleh salah seorang peserta kem nadwa ini.
Kesimpulannya,tunggak bagi seseorang muslim itu berjaya sebagai seorang pemimpin adalah selagi dia memimpin berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah.
Saturday, July 25, 2009
Forum peserta2 nadwah
kesinambungan dari aktiviti berkumpulan(LDK1),para peserta telah menjalankan aktviti forum individu setelah selesai sesi prbincangan bersama fasilitator masing2.
Antara tajuk yang diperbahaskan oleh wakil setiap kumpulan adalah:
*guruku idolaku,
*keredhaan Allah terletak pada redha ibu bapa
*berani kerana benar,takut kerana salah
*berakit-rakit kehulu,berenang-renang ketepian,
bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian.
*tepuk dada tanya selera.
Kesimpulan daripada aktiviti ini yang dapat dilihat dengan jelas,ianya dapat memupuk peribadi yang lebih berani dan inovatif bagi diri peserta NKI peringkat negeri sabah.
Selesai sahaja rakan-rakan mereka dengan program forum,ketua kem komanden mengadakan sesi soal jawab.
LDK1(perbincangan)
Program seterusnya diteruskan dengan aktiviti berkumpulan yang mana para peserta berbincang dengan fasilitator mereka untuk menentukan corak persembahan bagi aktiviti Forum individu dan pidato.
Antara topik yang bakal dibahaskn oleh para peserta nanti adalah 'solat','kualiti ibadah','hikmah solat',dan banyak lagi.setiap kumpulan muslimin dan muslimat memberikan kerjasama yang baik kepada fasilitator mereka.
Ceramah Kepimpinan
Pada jam 8:00 pagi,para paserta telahpun berkumpul di dewan bagi sesi ceramah bersama penceramah jemputan khas.Program ini dimulakan dengan alunan zikir munajat dan nyanyian lagu tema NKI peringkat negeri Sabah oleh peserta-peserta nadwah kepemimpinan.
Program ini diharmonikan dengan bacaan doa oleh salah seorang peserta muslimin nadwah. Setelah itu, adik Nur Suhaila binti Lani, Penghuluwati NKI peringkat negeri,mengacara program ceramah ini dengan penuh berkeyakinan.
Ceramah betajuk 'kepimpinan'yang disampaikan oleh Prof.Madya Dr Bakhir bin Abdullah, Dekan Fakulti Bahasa Arab Universiti Insaniah, Kedah Darul Aman, menyentuh soal ciri-ciri pemimpin yang berkaliber dan sikap yang harus ada bagi menjadi pemimpin yang boleh diteladani oleh orang-orang bawahannya.
Bagi menutup program ceramah yang dijalankan sebentar tadi, adik Umar, Penghulu NKI peringkat negeri Sabah,mengetuai laungan Al-Asmaul Husna dan zikir munajat.
Para peserta bergerak ke ewan makan untuk minum pagi sebelm meneruskan program berikutnya.
Sinar Fajar
Peserta-peserta dikehendaki berkumpul di depan Astaka untuk program riadhah. Ust Amdin Atoh sejak awal-awal telah menunggu ketibaan peserta. Riadhah pagi dimulakan dengan senamrobik untuk memanaskan badan para peserta.
Setelah basah digenangi peluh, para peserta bergegas untuk sarapan dan seterusnya mengurus diri masing-masing. Peserta-peserta dikehendaki berkumpul semula di dewan sebelum jam 8:00 pagi bagi meneruskan program seterusnya.
Qiamullail dan Kuliah Subuh
Seawal jam 4:00, semua pelajar telah berada di Surau As-Solihin SMK Pekan Kota Belud II. Qiamullail bermula dengan Solat Sunat Taubat, Solat Sunat Tahajjud dan diakhiri dengan zikir munajat.
Maklum balas yang diterima daripada peserta menunjukkan qiamullail memberi kesan positif terhadap diri mereka. Adik Harizah bt Utusatu berkata:"Qiamullail dapat memupuk disiplin yang tinggi di dalam diri saya."
Selepas selesai menunaikan solat Subuh secara berjamaah, para peserta berpeluang mendengar Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Ustaz Khasmuri bin Johari. Penceramah pada pagi ini menyentuh mengupas aspek positif dan negatif yang ada dalam diri remaja.
Kuliah berakhir pada jam 6:30 pagi.
Mesyuarat Fasilitator
Tepat jam 12:00 tengah malam, semua fasilitator berkumpul untuk bermuhasabah tentang aktiviti-aktiviti yang telah berjalan dan berbincang aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung pada keesokan harinya.
Ustaz Mohamad azami, selaku Ketua Fasilitator mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri oleh 12 orang fasilitator. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12:15 pagi.
Pembentukan JPND Nadwah
Aktiviti Kumpulan
Kem Komandan memberikan arahan kepada semua fasilitator untuk duduk di dalam kumpulan untuk berbincang memilih pencatat, pemidato, panel forum dan persembahan.
Timbalan Kem Komandan membekalkan setiap kumpulan dengan sehelai kain putih dan dua batang marker untuk membina panji sebagai barang amanah bagi setiap kumpulan.
Pemilihan Penghulu dan Penghuluwati NKI
Kem Komandan mencabar para peserta yang berminat untuk menjadi Penghulu dan Penghuluwati agar naik ke atas pentas. Seramai 25 orang peserta perempuan leih dari 20 orang peserta lelaki menyahut cabaran tersebut. Keadaan dewan menjadi hingar-bingar.
Selepas berlaku ujian demi ujian akhirnya hanya tinggal 10 peserta perempuan dan 10 peserta lelaki yang meneruskan perjuangan mereka. Semuanya tidak mahu mengaku kalah. Akhirnya, Adik Umar Jiman (Kota Belud) dan adik Nur Suhaila Lani (Kota Kinabalu) mengungguli pemilihan kali ini.
Ice Breaking dan taaruf
Ketika Fasilitator sedang bertaklimat, peserta-peserta memulakan aktiviti dengan berzikir dan menyanyi lagu tema NKI Peringkat Negeri Sabah 2009.
Ustaz Melih Bedin Kem Komandan dan dibantu oleh ustaz Jabar, Timbalan Kem Komandan mengarahkan para peserta menyerahkan segala barang-barang yang dilarang untuk digunakan semasa nadwah berlangsung.
Kemudian, Kem Komandan menjalankan aktiviti "ikut cakp saya", "jejak sahabat" dan "kasih sayang."
Selesai sahaja aktiviti kumpulan, proses pemilihan Penghulu dan Penghuluwati NKI bermula.
Taklimat Fasilitator
Ustaz Mohd Azami, Ketua Fasiliator Nadwah Kepemimpinan Islam Peringkat Negeri Sabah 2009 memberi taklimat kepada semua fasilitatorsebaik sahaja selesai taklimat dari KPP.
Dalam taklimat tersebut, Ustaz Azami menerangkan kepada fasilitator yang lain tentang tugas-tugas mereka. Beliau turut menerangkan tentang perjalanan aktiviti dan skop penilaian 20 orang peserta Nadwah yang akan dipilih bagi mewakili negeri Sabah ke Nadwah Kepemimpinan Islam peringkat Kebangsaan di Kelantan Darul Naim pada bulan Ogos nanti.
Seterusnya para fasilitator mengutarakan masalah-masalah yang mereka hadapi dan Ustaz Azami menjawab segala persoalan dengan baik
Taklimat KPP
Selepas Solat Isyak, Ustaz Saifulzaman memberi sedikit taklimat kepada Ketua-ketua Unit, Fasilitator dan AJK.
Ustaz Saiful berpesan supaya semua yang hadir menjalankan amanah dengan sebaik-baiknya.
Ustaz Saiful berpesan supaya semua yang hadir menjalankan amanah dengan sebaik-baiknya.
Kalam Suci
Tepat jam 6:40 azan dilaungkan oleh adik Mohd Shah Omar Ismail. Semua pelajar solat Maghrib berjemaah bersama-sama Fasilitator. Imam Maghrib ialah adik Mohd Umar Jiman dari Daerah Kota Belud.
Selepas solat Maghrib berjemaah, semua peserta dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing. Kemudian, mereka bertadarus membaca ayat-ayat suci Al-Quran secara berkumpulan.
Bila Isyak menjelang tiba, adik Mohd Hafiz Nazri Azan Isyak dari Daerah Kota Belud mengalunkan azan. Solat Isyak diimami oleh adik Zainuddin.
Solat Isyak berjemaah turut disertai oleh Ustaz Saifulzaman bin Sangul, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Islam, JPNS, Encik Matlan Datu Unjong, Pengetua SMK Pekan Kota Belud II, Ustaz Ramlee Daud, Penyelia Agama Pejabat Pelajaran Daerah Kota Belud dan Ustaz Ishak Awang, Penyelia Agama Daerah Pitas, guru-guru pengiring, fasilitator dan ahli-ahli jawatankuasa Nadwah.
Taklimat
Taklimat disampaikan oleh Ustaz Melih dan Ustaz Jabar. Ustaz Melih mengingatkan para peserta berkenaan peraturan-peraturan sepanjang nadwah ini berlansung. Ustaz Jabar mengingatkan para peserta supaya menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan dan tata tertib pemakaian dalam setiap aktiviti.
Selepas itu, Ustaz Fairuz, Setiausaha Nadwah menerangkan peraturan-peraturan semasa menginap di asrama yang perlu dipatuhi.
Ustazah Nuridah pula, memberi taklimat tentang tata tertib dalam dewan makan. Beliau juga menerangkan jadual makan dan minum sepanjang Nadwah berjalan.
Setelah itu, Ustazah Rosnani menutup tirai dengan memberi taklimat berkenaan dengan Malam Kebudayaan Islam. Cabutan undi oleh semua fasilitator dibuat sejenak selepas itu.
Sesi Penggambaran
Kontinjen Kota Kinabalu
Kontinjen Beaufort
Kontinjen Kudat





Kontinjen Kota Marudu
Kontinjen Tuaran
Kontinjen Kota Kinabalu
Kontinjen Nabawan
Kontinjen Semporna
Kontinjen Kota Belud
Selepas pendaftaran, setiap kontinjen dijemput bergambar kenang-kenangan bersama ahli rombongan. Ustaz Safwan Ahmad telah memainkan peranan sebagai seorang jurugambar profesional. Sessi peggambaran tidak mengambil masa lama. Cuma ada beberapa kontinjen yang tidak sempat bergambar kerana azan Asar telah berkumandang.
Friday, July 24, 2009
Pendaftaran
Kaunter pendaftaran dibuka bermula jam 2 petang. Kontinjen yang pertama tiba ialah kontinjen dari Semporna pada jam 2:10. Kontinjen yang terakhir mendaftar ialah kontinjen dari Daerah Papar pada jam 4:22 petang.
Seramai 46 peserta lelaki dan 49 peserta perempuan telah mendaftarkan diri.
Seramai 46 peserta lelaki dan 49 peserta perempuan telah mendaftarkan diri.
Thursday, July 23, 2009
Mesyuarat Pra Nadwah 2009
Menurut beliau, tidak banyak daerah yang menghantar peserta disebabkan beberapa beberapa masalah.
Saturday, June 27, 2009
Majlis Perasmian Penutupan
Subscribe to:
Posts (Atom)